Saturday, 31 March 2012

Wawasan dan harapan sebagai guru cemerlang...

Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi”
Sumber : Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang

Jelas pada maksud di atas, menjadi guru cemerlang akan lebih cenderung menumpukan perhatian penuh pada pengajaran dan pembelajaran murid. Menjadi guru cemerlang akan lebih memotivasikan diri saya ke arah kejayaan pelajar khususnya. Pelajar juga akan lebih yakin dan percaya pada kemampuan guru di atas tiket Guru Cemerlang. Saya akan lebih bersungguh-sungguh menaikkan prestasi pengajaran, mempelbagaikan lagi teknik cenderung dengan gelaran yang telah diberikan. Saya menjadi lebih proaktif ,responsif dan inovatif terhadap keperluan pelajar. Menjadi guru cemerlang juga memberi saya peluang berkongsi bersama rakan-rakan lain yang setaraf untuk menaikkan lagi gred purata mata pelajaran di dalam SPM.
Menjadi guru cemerlang akan cenderung bekerja kerana pelajar. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing pelajar ke arah kejayaan adalah matlamat utama saya. Sementelah lagi pelajar kategori pendengaran, tidak ramai yang boleh membantu mereka dari segi pembelajaran ataupun masalah peribadi. Di atas gelaran guru cemerlang, kebolehpercayaan pelajar terhadap kemampuan guru cemerlang memang tidak boleh dinafikan lagi. Ini sekaligus membolehkan prestasi ditingkatkan.
Inovasi dalam pengajaran adalah keutamaan dalam dunia pendidikan sekarang. Menjadi guru cemerlang, membolehkan saya akan sentiasa bersama dengan pelajar, melakukan inovasi baru pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti permainan dikhususkan bagi memastikan pelajar sentiasa berminat dalam pelajaran Sains. Aktiviti di luar bilik darjah lebih diperbanyakkan lagi untuk menjadikan inovasi satu budaya yang biasa dilakukan.
Satu perjuangan yang saya harap dapat dilaksanakan ialah mewujudkan satu blog yang dapat menjadi rujukan semua guru Sains yang mengajar pelajar masalah pendengaran khususnya. Blog akan dipenuhi dengan maklumat penuh mengenai definisi masalah pendengaran, kategori-kategori masalah pendengaran, anatomi telinga sehingga kepada teknik pedagogi mengajar pelajar pendengaran, dan koleksi bank soalan Sains SPM. Wawasan saya adalah supaya blog tersebut diantarabangsakan sehingga ke luar negara.
Sebagai guru cemerlang juga, saya akan memastikan pencapaian pelajar dapat membantu kepada melonjakkan NKRA sekolah. Bagi memastikan mutu sekolah dapat ditingkatkan, bidang kepakaran saya diteguhkan dengan peningkatan prestasi pengajaran guru.  Perkongsian idea adalah lebih penting bagi memastikan misi ini tercapai. Jika guru dapat dicemerlangkan, pelajar yang dihasilkan lebih gemilang hasilnya adalah sekolah yang terbilang. 

No comments:

Post a Comment